Energy Malt – Supplemen Untuk Tambah Berat Badan Yang Lazat
Ubat untuk kurus memang berlambak dipasaran, di pasaraya, di
gerai ataupun di toko-toko ubat tradisional memang amat mudah didapati. Ubat
homeopathy juga agak banyak pilihan seperti Phytolacca Americana 3 in 1,
R79, BC20, Phytofit dan lain-lain. Ubat untuk menambah berat badan agak
terhad di pharmasi hanya mencadangkan vitamin sebagai suplemen atau produk yang
agak popular seperti Weight Gain. Ubat homeopathy agak terhad, tetapi yang
paling popular buat masa ini ialah R95 Alfalfa Tonic dan Vita-C.
Seminggu sebelum berakhir Ramadan saya telah menerima produk
terbaru yang diberi namaEnergy Malt. Istimewanya Energy Malt ini
ialah ia amat lazat dengan perisa coklat dan caramel. Kanak-kanak amat gemar
untuk mengambil Energy Malt ini dan saya sendiri pun amat menggemari
rasa Energy Malt yang cukup lazat
seperti coklat dicampur dengan
kopi.
Energy Malt adalah produk keluaran pengilang homeopathy dari
India dan formulanya hampir sama dengan R95 Alfalfa Tonic. Perbezaannya Energy
Malt dan R95, Energy Malt mempunyai beberapa remedi biochemic yang
penting seperti Kali.phos untuk nutrient otak, Ferrum phos untuk membina sel
darah yang sihat dan Natrum phos untuk penjagaan usus.
Kebetulan anak saya sendiri pun sering tidak ada selera
makan, jadi ujikaji dah di depan mata. Selepas 1 minggu dengan sukatan ; 5-10
grams (1-2 sudu teh) setiap hari 3x sehari. Anak saya ini berumur 9 tahun, jadi
saya campurkan dengan susu. Jika baby yang masih mengambil makanan lembut
seperti bubur boleh campurkan dengan bubur 1 sudu teh 2-3 kali sehari. Selepas
1 minggu nampaknya selera anak saya semakin baik dan beratnya mula bertambah
0.5 kg.Paling penting apabila memilih produk untuk kurus atau tambah berat
badan, pastikan ubat tersebut adalah selamat, tidak menggunakan bahan kimia
yang terlarang dan janji-janji yang hebat. Energy Malt adalah selamat dan boleh
dikatakan sifar kesan sampingan kerana bahan-bahannya adalah 100% bahan-bahan
homeopathy yang sememangnya amat selamat untuk semua peringkat umur.
Energy Malt akan berada dipasaran selepas Hari Raya Aidil
Fitri.
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete